Kembali ke Laman Utama

Soalan Lazim (FAQ)

Umum

Apa itu Ridim?

Ridim adalah sistem kad kesetiaan digital yang menggantikan kad cop tradisional kertas. Dengan Ridim, pelanggan boleh:

  • Kumpul cop digital di kedai-kedai yang menggunakan Ridim
  • Lihat semua kad kesetiaan mereka dalam satu aplikasi
  • Tebus ganjaran secara mudah tanpa risiko kehilangan kad fizikal

Bagi pemilik perniagaan, Ridim menawarkan cara mudah untuk menguruskan program kesetiaan pelanggan tanpa kos cetakan kad dan risiko penipuan.

Bagaimana Ridim berfungsi?

Ridim berfungsi dengan cara yang sangat mudah:

  1. Kedai mendaftar dan mencipta kad kesetiaan digital dengan Ridim
  2. Pelanggan mendaftar dengan nombor telefon mereka apabila pertama kali mengunjungi kedai
  3. Pelanggan mendapat cop pertama mereka daripada kedai
  4. Pada lawatan seterusnya, pelanggan hanya perlu berikan nombor telefon untuk mendapatkan cop tambahan
  5. Apabila kad cop digital penuh, pelanggan boleh menebus ganjaran mereka di kedai

Semua ini berlaku dalam aplikasi berasaskan web, jadi tiada pemasangan aplikasi diperlukan!

Adakah Ridim percuma untuk digunakan?

Ridim menawarkan harga yang berpatutan untuk pemilik perniagaan:

  • Untuk 10 pelanggan terawal: RM99 untuk seumur hidup dengan kuota 150 pelanggan
  • Harga selepas promosi: RM99 setahun - masih berpatutan untuk PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana)
  • Untuk meningkatkan kuota, anda boleh membeli pakej tambahan pelanggan

Bagi pelanggan, Ridim adalah percuma sepenuhnya!

Untuk Pemilik Perniagaan

Bagaimana cara menukar gambar profil perniagaan saya?

Untuk menukar gambar profil atau logo perniagaan anda:

  1. Log masuk ke akaun pemilik perniagaan anda
  2. Klik pada ikon "Aturan" di menu bawah
  3. Pilih tab "Profil Kedai"
  4. Skrol ke bahagian "Kemaskini Logo"
  5. Klik "Pilih Fail" atau "Browse" untuk memilih imej dari peranti anda
  6. Setelah memilih imej, klik "Upload Logo"
  7. Logo baru akan dipaparkan di profil kedai anda dan semua kad kesetiaan digital anda

Imej logo yang terbaik adalah dalam format persegi dengan ukuran minimum 200 x 200 piksel.

Bagaimana cara mengubahsuai kad kesetiaan saya?

Anda boleh mengubahsuai kad kesetiaan anda melalui menu Aturan:

  1. Log masuk ke akaun pemilik perniagaan anda
  2. Klik pada ikon "Aturan" di menu bawah
  3. Pilih tab "Kad Cop"
  4. Di sini anda boleh mengubahsuai:
    • Nama kad
    • Penerangan dan ganjaran kad
    • Jumlah cop yang diperlukan untuk penebusan
    • Gambar untuk kad (jika ada)
  5. Klik "Simpan Tetapan" setelah selesai
Bagaimana cara menambah cop untuk pelanggan?

Cara untuk menambah cop kepada kad pelanggan:

Menggunakan menu Cop:

  1. Klik pada ikon "Cop" di menu bawah
  2. Masukkan nombor telefon pelanggan
  3. Klik "Tambah Cop"

Pelanggan akan menerima notifikasi WhatsApp (jika fungsi ini diaktifkan) bahawa mereka telah menerima cop baru.

Bagaimana cara meluluskan penebusan ganjaran?

Apabila pelanggan ingin menebus ganjaran, anda akan menerima notifikasi di dalam aplikasi Ridim. Untuk meluluskan penebusan:

  1. Klik pada ikon "Utama" di menu bawah
  2. Di halaman utama, anda akan melihat permintaan penebusan yang tertunda
  3. Klik butang "Lulus" untuk meluluskan permintaan setelah memberikan ganjaran kepada pelanggan
  4. Kod pelanggan ini akan dikosongkan dan mereka boleh mula mengumpul cop lagi

Anda juga boleh melihat semua permintaan penebusan dalam tab "Penebusan" di halaman Utama.

Bagaimana cara menyambungkan WhatsApp untuk notifikasi?

Untuk menyambungkan WhatsApp dengan Ridim:

  1. Log masuk ke akaun pemilik perniagaan anda
  2. Klik pada ikon "Aturan" di menu bawah
  3. Pilih tab "WhatsApp"
  4. Klik "Sambung WhatsApp"
  5. Imbas kod QR yang dipaparkan dengan telefon WhatsApp anda (sama seperti menyambung WhatsApp Web)

Setelah disambungkan, pelanggan akan menerima notifikasi apabila mereka mendapat cop baru, keahlian diluluskan, atau penebusan diluluskan.

Adakah saya boleh menghantar mesej WhatsApp besar-besaran kepada semua pelanggan?

Ya, Ridim menawarkan ciri WhatsApp Blasting untuk menghantar mesej kepada semua pelanggan anda. Untuk menggunakan ciri ini:

  1. Log masuk ke akaun pemilik perniagaan anda
  2. Klik pada ikon "Pelanggan" di menu bawah
  3. Pilih tab "WhatsApp Blasting"
  4. Masukkan nama kempen dan kandungan mesej
  5. Pilih sela masa penghantaran
  6. Anda boleh menguji mesej terlebih dahulu ke nombor anda sendiri
  7. Klik "Mulakan Blasting" untuk memulakan kempen

Sila ambil perhatian bahawa sistem akan menghantar mesej secara berperingkat dengan sela masa rawak untuk mengelakkan akaun WhatsApp anda disekat. Had sistem adalah 100 mesej sehari.

Mengapa dihadkan kepada 100 mesej sahaja? WhatsApp mempunyai sekatan anti-spam yang ketat. Menghantar terlalu banyak mesej dalam masa singkat boleh menyebabkan akaun WhatsApp anda disekat sementara atau kekal. Had 100 mesej sehari memastikan akaun anda selamat dan mesej anda diterima oleh pelanggan. Jika anda mempunyai lebih daripada 100 pelanggan, sistem akan sambung penghantaran pada hari berikutnya.

Apa itu spintax dan bagaimana cara menggunakannya?

Spintax adalah teknik untuk membuat variasi dalam teks mesej anda supaya setiap mesej sedikit berbeza walaupun dihantar secara serentak. Ini membantu mengelakkan sistem WhatsApp mengesan mesej anda sebagai spam dan membuat mesej terasa lebih peribadi untuk pelanggan.

Cara menggunakan spintax:

  1. Gunakan format {pilihan1|pilihan2|pilihan3} dengan simbol | (pipe) di antara pilihan
  2. Sistem akan memilih secara rawak salah satu pilihan semasa menghantar mesej
  3. Anda boleh menggunakan beberapa spintax dalam satu mesej

Contoh spintax:

Mesej dengan spintax:

{Hai|Hello|Salam} {nama}, {terima kasih|penghargaan} atas sokongan anda! Kami ada {promosi|tawaran|diskaun} {menarik|istimewa} untuk anda minggu ini.

Kemungkinan mesej yang dihantar:

  • "Hai nama, terima kasih atas sokongan anda! Kami ada promosi menarik untuk anda minggu ini."
  • "Hello nama, penghargaan atas sokongan anda! Kami ada tawaran istimewa untuk anda minggu ini."
  • "Salam nama, terima kasih atas sokongan anda! Kami ada diskaun menarik untuk anda minggu ini."

Spintax juga menyokong tag khas seperti {name} untuk nama pelanggan dan {shop} untuk nama kedai anda.

Untuk Pelanggan

Bagaimana cara mendaftar sebagai pelanggan?

Mendaftar sebagai pelanggan dengan Ridim sangat mudah:

  1. Kunjungi mana-mana kedai yang menggunakan sistem Ridim
  2. Imbas kod QR kedai tersebut, atau masukkan nombor telefon anda di peranti kedai
  3. Isikan nama dan nombor telefon anda
  4. Selesai! Sekarang anda akan menerima cop pertama anda setelah kedai mengesahkan keahlian anda

Cara alternatif: Penjual juga boleh mendaftarkan pelanggan secara terus di kedai mereka melalui aplikasi Ridim.

Setelah mendaftar, anda boleh melihat kad anda pada bila-bila masa dengan memasukkan nombor telefon anda di ridim.app

Bagaimana cara menebus ganjaran saya?

Untuk menebus ganjaran setelah mengumpul cukup cop:

  1. Log masuk ke akaun Ridim anda dengan memasukkan nombor telefon
  2. Cari kad kedai yang telah penuh dengan cop
  3. Klik butang "Tebus Hadiah" di bawah kad
  4. Tunjukkan telefon anda kepada jurujual di kedai
  5. Kedai akan meluluskan penebusan dan anda akan menerima ganjaran anda

Setelah penebusan diluluskan, kad anda akan dikosongkan dan anda boleh mula mengumpul cop lagi.

Bagaimana cara melihat semua kad saya?

Untuk melihat semua kad kesetiaan anda:

  1. Pergi ke ridim.app
  2. Masukkan nombor telefon yang anda gunakan untuk mendaftar
  3. Klik "Lihat Kad Saya"
  4. Semua kad kesetiaan anda dari pelbagai kedai akan dipaparkan

Jika anda mempunyai banyak kad, anda boleh menggunakan kotak carian untuk mencari kedai tertentu.

Bagaimana cara mendapatkan cop tambahan?

Untuk mendapatkan cop tambahan, prosesnya sangat mudah:

  1. Kunjungi kedai yang anda sudah mendaftar
  2. Berikan nombor telefon anda kepada penjual
  3. Penjual akan menambah cop ke kad digital anda

Tidak perlu langkah tambahan. Setiap kali anda membuat pembelian yang layak, hanya perlu maklumkan nombor telefon anda untuk mendapatkan cop baharu.

Bolehkah saya menggunakan Ridim tanpa memasang aplikasi?

Ya! Ridim adalah aplikasi berasaskan web yang tidak memerlukan pemasangan. Anda hanya perlu mengunjungi ridim.app melalui pelayar web telefon anda.

Untuk pengalaman yang lebih baik, anda boleh menambahkan Ridim ke skrin utama telefon anda:

Untuk iPhone:

  1. Buka ridim.app di Safari
  2. Tap pada ikon "Share" (kotak dengan anak panah ke atas)
  3. Skrol ke bawah dan pilih "Add to Home Screen"
  4. Ketik "Add" di sudut kanan atas

Untuk Android:

  1. Buka ridim.app di Chrome
  2. Tap pada menu tiga titik di sudut kanan atas
  3. Pilih "Add to Home screen"
  4. Ketik "Add" untuk mengesahkan

Penyelesaian Masalah

Saya terlupa nombor telefon yang digunakan untuk mendaftar. Apa yang boleh saya lakukan?

Jika anda terlupa nombor telefon yang digunakan untuk mendaftar:

  1. Cuba nombor telefon lain yang mungkin anda gunakan
  2. Hubungi kedai di mana anda biasa mengumpul cop dan minta mereka menyemak nombor telefon anda
  3. Jika masih tidak berjaya, anda boleh mendaftar menggunakan nombor telefon baru, tetapi perlu mulakan dari awal untuk mengumpul cop

Ridim menggunakan nombor telefon sebagai ID pengguna untuk memudahkan proses pendaftaran dan mengelakkan keperluan kata laluan.

Mengapa sambungan WhatsApp saya terputus?

Sambungan WhatsApp mungkin terputus kerana beberapa sebab:

  1. Telefon yang digunakan untuk sambungan telah log keluar dari WhatsApp
  2. Telefon telah ditukar atau dikembalikan ke tetapan kilang
  3. Sesion WhatsApp Web telah tamat tempoh (biasanya selepas 14 hari tanpa aktiviti)
  4. Masalah sambungan internet

Untuk menyelesaikan masalah ini, cukup sambung semula WhatsApp dengan mengunjungi tab WhatsApp di menu Aturan dan mengimbas semula kod QR.

Saya tidak dapat menghantar WhatsApp Blast kepada semua pelanggan saya

Jika anda mengalami masalah dengan WhatsApp Blasting:

  1. Pastikan WhatsApp anda masih tersambung (periksa di menu Aturan > WhatsApp)
  2. Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet yang stabil
  3. Had sistem adalah 100 mesej sehari - pastikan anda tidak mencapai had ini
  4. WhatsApp mungkin mengehadkan penghantaran mesej besar-besaran sebagai langkah keselamatan

Untuk mengelakkan telefon anda disekat oleh WhatsApp, sistem Ridim secara automatik menghantar mesej berperingkat dengan sela masa rawak. Jika anda mempunyai banyak pelanggan, proses penghantaran mungkin memakan masa beberapa hari.

Saya tidak dapat melihat kad saya setelah mengimbas kod QR kedai

Jika anda tidak dapat melihat kad setelah mengimbas kod QR:

  1. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul semasa pendaftaran
  2. Pastikan anda telah mendaftar dengan kedai tersebut sebelumnya
  3. Mungkin keahlian anda masih belum diluluskan oleh kedai - tunggu sehingga kedai meluluskan permintaan anda
  4. Cuba muat semula halaman atau bersihkan cache pelayar anda

Jika masalah berterusan, hubungi pihak kedai atau sokongan Ridim untuk bantuan.

Mengapa saya tidak dapat menambah pelanggan baharu?

Jika anda tidak dapat menambah pelanggan baharu, kemungkinan anda telah mencapai had kuota pelanggan dalam pelan anda:

  1. Log masuk ke akaun pemilik perniagaan anda
  2. Klik pada ikon "Aturan" di menu bawah
  3. Pilih tab "Pakej"
  4. Di sini anda akan melihat kuota semasa dan jumlah pelanggan yang digunakan

Jika anda telah mencapai had, anda perlu membeli pakej tambahan untuk meningkatkan kuota pelanggan anda. Anda boleh memilih antara pakej 150, 300, atau 500 pelanggan tambahan.

Bantuan & Sokongan

Bagaimana cara menghubungi sokongan Ridim?

Anda boleh menghubungi sokongan Ridim melalui WhatsApp:

  • WhatsApp: 019-926 3011

Waktu sokongan kami adalah dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.

Bolehkah Ridim disesuaikan untuk keperluan perniagaan saya?

Ya, Ridim boleh disesuaikan mengikut keperluan perniagaan anda. Ciri penyesuaian termasuk:

  • Menambah logo kedai anda
  • Menetapkan jumlah cop yang diperlukan untuk penebusan
  • Menyesuaikan penerangan dan ganjaran kad
  • Menambah gambar untuk kad
  • Menetapkan template mesej WhatsApp
Adakah Ridim selamat untuk digunakan?

Ya, Ridim direka dengan keselamatan sebagai keutamaan:

  • Semua data disimpan secara selamat dalam pangkalan data Supabase
  • Semua sambungan dilindungi dengan SSL/TLS
  • Data pelanggan terhad kepada nama dan nombor telefon sahaja
  • Kad ditentusahkan melalui sistem yang selamat untuk mengelakkan penipuan
  • Pelbagai langkah keselamatan untuk melindungi data sensitif perniagaan

Masih ada soalan?

Jika anda tidak dapat mencari jawapan yang anda cari, sila hubungi kami:

Hubungi kami di WhatsApp